masa berjimba

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

cerita 26/2/2014 (rabu)
setelah sekian lama terlepas untuk menyaksikan teater akhirnya hari rabu malam khamis dapat menyaksikannya.
walaupun menonton secara sendirian namun masih dapat mengubati hati yang kesunyian.


nasib baik cara pembelian tiket secara online
dulu-dulu masa belajar tiket teater rm5 sahaja 
sekarang dah tak layak untuk dapatkan tiket dengan harga itu.
hahaha


banner teater gelanggang tok wali


pentas set
*sangat enjoy boleh gelak sampai keluar air mata

cerita 28/2/2014 (sabtu)
hiruk pikuk duk cerita bahawa anak dia keja gaji besar pulang ke kampung bawak balik kereta besar, pergi makan kat restauran, shooping hingga ke rantau panjang, makan sedap-sedap tapi bila part nak beli tembikai cina nak beli tempat yang jual 5biji rm10. 
rm1.50 sekilo pun mahal lagi nak jugak cari yang lagi murah.
nak harga murah tapi sedap.

*rasa nak gelak guling-guling depan kedai jual tembikai time tu la jugak.

pas2 siap tanya lak berapa anak kamu kirim kat kamu sebulan-sebulan.
haila dunia sentiasa cemburu dengan kesenangan orang lain.
tak apalah biarkan mereka dengan sikap mereka kita jangan sesekali buat perangai begitu.


sira labu yang di buat kat kampung
kurang menjadi sebab keras dan kurang manis
*mungkin buat dalam keadaan gesa-gesa sebab masa tu belum solat zuhur lagi. hehe 

cerita 2/3/2014 (ahad)
pengembaraan yang sukar di percayai 11am-12.30pm sampai besut.
4pm-5.30pm sampai kuala Terengganu dalam masa 1hari saya ulang alik sangat-sangat menakjubkan.
haha sebelum nih memang tak pernah buat kerja nh.
al-fatihah kat arwah tok sedara, tak kiralah apa fahaman politik, kepercayaan, tingkah laku dia semasa hayatnya haraplah di maafkan.
kita hanya manusia biasa tidak layak untuk menghukum sesama manusia, hanya allah yang layak untuk menghukum makluknya.

balik ke kuala Terengganu pada hari yang sama kerana ada adik prktikal nak tumpang kat rumah
mulanya niat hati nak masak tapi tengok peti ais yang kosong dan kering kontang kami keluar untuk mengisi perut yang lapar.
selepas kenyang bawak adik prktikal ke waterfront untuk menikmati keindahan pokok lampu.
kT pun ada I-city okeh. hehe x payah susah-susah ke I-city shah alam yang bayar mahal-mahal tu setakat nak tengok pokok warna warni.


waterfront globe


 waterfront menyaksikan pokok berlampu


terengganu pun dah ada I-city oke


pemandangan di atas bukit panorama,
kami silap pilih port kurang jelas


restaurant kat atas bukit panorama
makanannya adalah yang paling fail yang pernah saya rasa


masuk pejabat ada makluk allah yang baik hati bagi gula-gula
oyehhh best


ada oficemate baru pulang dari langkawi dan dapat coklat okeh
daim dah bagi kat k.su sebab saya tak suka daim



Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah