Posts

Showing posts from August, 2014

dingin

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. 10.06malam nikmatnya hujan yang membasahi bumiMu Tuhan. segarnya tanah yang menerima titisanMu memberikan satu harapan baru. nyamannya udara memberikan aku nafas kebahagiaan #saya suka hujan sebab sejuk dan udara selepas hujan adalah paling bersih. ogos sudah nak sampai ke penghujung. 2014 berbaki 4bulan lagi. perancangan 2015 belum pasti lagi tapi hati tengah sakan menikmati setiap hari dan detik yang di izinkan tuhan. subahanallah Allah adalah sebaik-baik perancang sekiranya rezeki masih disini semoga di permudahkan... amin sebelum pulang ke kT sempat merewang ke pekan bawak mak dan adik berjalan dan cari barang cheklist yang di bawa  #novel (hehehe cheklist wajib) #skirt hitam (nak pakai dengan baju fieldwork angannya.. haha) #stok makanan kering untuk rumah sewa #barang-barang diri (kapas telinga dan muka dah abes) #baju t-shirt katanya (sebab berkurun lamanya

suram

Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. 22082014 (jumaat) 9.50pagi alhamdulillah akhirnya sebahagian jasad 20orang mangsa nahas mh17 selamat tiba di bumi malaysia semoga semua ahli keluarga mangsa tabah dan redha menerimanya. ini adalah bentuk pengakiran bagi penumpang pesawat mh17. nasib kita?!?!?! macam mana jasad kita nanti apabila roh meninggalkan badan?!?! macam mana cara kematian kita?!?! cukupkah iman dan bekalan yang akan kita bawa nanti?!?! malaysian berkabung alfatihah dan takziah daripada ALLAH kita datang dan hanya pada ALLAH kita kembali... kerana hidup ini adalah jaminan untuk kita di kembalikan...

time cp 7

Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. halo.. halo.. saje lalu  patik nak try tulis cerita pendek entah menjadi entah tidak nak cuba asah bakat. hahaha ini semua merapu sekian ....................................................................................... MCD SERI KEMBANGAN Kedudukannya agak strategik di kawasan perumahan kos rendah dan kawasan pejabat. Senang menjadi tumpuan kerana perubahan cara hidup masyarakat millennium yang sentiasa mengejar waktu. Suasana sekeliling hingar bingar, namun masih tidak menggangu peperangan mulut dua pasangan yang duduk di meja sedikit tersorok itu. Waktu menunjukkan 6.45petang namun masing-masing tidak mahu mengalah. “ubat tu untuk dimakan bukan untuk dilihat” Aakif masih berterusan menyuakan bekas ubat kepada Sufi “kalau tak makan boleh tak?” Sufi masih mencuba nasib untuk tidak menelan ubat sebesar gedabak itu “kalau tak makan macam mana nak sihat?” “ala bukan m

siang

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. 1.58petang sunyi adalah teman sejati sejak 2tahun kebelakangan ini. melepaskan lelah di rumah setelah penat seharian adalah hobi utama. dulu damai itu dapat di cari di rumah namun sekarang entah kemana damai itu menghilang. jasad ini semakin lelah menjalani hari, mungkin kerana hari yang di lalui penuh dengan dosa dan maksiat?!?! hati dan jiwa ini inginkan teman tetapi yang datang adalah dugaan. harus bagaimana ingin di jelaskan bahawa diri ini tak ingin menyakiti sesiapa. hidup ini pelbagai warna bergantung kepada kita untuk mencari warna yang di ingini

bumi

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. 5.55petang 08082014           masih sendiri tapi allah sentiasa di sisi.. minggu nih tak balik kampung sebab nak kemas rumah yang macam dah tak ada penghuni           tapi memang pun tak ada penghuni sebab kami balik cuti raya. hehehe cuti raya tahun ini sedikit panjang cutinya puashati dapat habiskan masa kat rumah tapi best juga dapat demam-menghapus dosa2 kecil-           berbaki 4bulan lagi kena bersiap sedia dengan keputusan yang bakal tiba.            berinai... haha kira tradisi kami sambut syawal la  sungguh terpikat dekat cover novel ini capai dan bayar tanpa baca sinopsis dan tanpa rasa menyesal tapi bila nak khatam tak tahu la sebab mood membaca belum tiba homemade sandwich sebagai sarapan marina sequare buger+tomato+baby cucumber+carrots+salad dah lama tak pekena kopi+madu sebab madu baru sampai masa raya hari 2 alahai dah tinggal separ

time cp 6

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. halo.. halo.. saje lalu setelah lama ketandusan idea patik nak try tulis cerita pendek entah menjadi entah tidak nak cuba asah bakat. hahaha ini semua merapu sekian ....................................................................................... TAMAN SAUJANA PUTRAJAYA Di langit biru terdapat layang-layang warna warni sedang terbang rendah, matahari sudah hilang garang sinarnya, ibu bapa sedang memerhati anak-anak bermain riang di atas rumput hijau. Sesekali lalu pasangan berjoging, berjalan dan berbasikal untuk mengeluarkan peluh. Aakif dan Sufi hanya duduk di bangku yang di sediakan. Di tangan Aakif kemas mengengam incik nikonnya. “kenapa nak pindah.. duduk sini la boleh keluar dengan Aakif hari-hari” “tak selesa la nak menyusahkan orang nih, lagipun kami setakat sepupu aje bukan adik beradik pun” “ala apa yang menyusahkan sedara mara juga kan?” “Aakif tak faham, Sufi t

langit

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. 8 syawal 1435H 4 ogos 2014 #raya ke26 tahun syukur masih di beri kesempatan menyambut ramadan dan syawal.. tahun ini sambutan raya secara sederhana seperti tahun sebelum-sebelumnya.. ritual melawat saudara mara masih di laksanakan selagi termampu.. tapi ralat kerana ada yang terlepas pandang.. tahap kesihatan sedikit merosot kerana pagi raya sakit gusi dan kaki.. sape suruh gatal pergi panjat pokok manggis petang sebelum raya.. tahun ini terlepas sembahyang raya dan ziarah ke kubur.. sungguh hati ini rindu pada arwah ayah.. #alfatihah semoga arwah tenang di sana.. tahun ini semua ahli keluarga berkumpul tahun depan akan berkurangan sebab masing-masing sambut di rumah mertua. masih dapat duit raya. hikhik dari abang dah wajib  tahun ini dapat dari kawan pejabat dan ayah kepada kawan.. jom kumpul duit raya. horey!!! baju last minit yang kembang setaman.. b