Posts

Showing posts from July, 2013

ramadhan ke 22

Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. berbuka di taman syahbandar kali ke 2 hari ini rajin ciket nak keluar so jalan ceritanya sampai la ke bazar ramadhan syahbandar. tapi part paling tak best asyik jadi tiang lampu. haila badan, haila nyawa (baca macam dalam cerita pak belalang tau) kenapalah asyik muka nih jadi tiang elektrik teman orang dating. dari sekolah, zaman universiti, zaman kerja pun. adalakah kat dahi dah tertulis saya adalah tiang elektrik tegar meneman orang dating. sedey sob!! sob!! hari nih berbuka dengan paung inti kacang ala sebenarnye kalau kat besut panggilnya roti goreng aje.  kat bandar KT nih panggilnya roti paung mula-mula dengar hairan bin ajaib juga tapi bila rasa macam roti goreng biasa aje.  3 biji daku makan tanpa pelawa teman kat sebelah coz lapar tahap kronik (walaupun tak la lapar sangat tapi geram kat dye duk offer popia sambal yang sah-sah ada togeh). wahai kawan baikku sekiranya kamu tahu ak

20 ramadhan 1434H

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. akhirnya kita sudah selamat menjalani puasa selama 20 hari.  sekejap sahaja masa berlalu masa makin mencemburui kita. keja makin berlambak-lambak tapi tahap kemalasan masih lagi ad so kerja masih tidak berjalan. hari ini dah start program cakna ramadhan. program bermula di setiu terengganu, esok giliran kuala terengganu dan hulu terengganu, di susuli marang, besut, dungun dan kemaman.  insyaallah 4 ogos 2013 semua sumbangan ini akan habis di agihkan.  mudah-mudahan beroleh keberkatan.  terima kasih kepada yang menghulurkan sumbangan. Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kam

15 ramadhan 1434H

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. hari ini dah masuk 15 ramadhan 1434H.  subahanallah cepatnya masa berlalu.  tahun ini saya sambut ramadhan dengan ala kadar, terawikh belum laksanakan walaupun sehari.  kesihatan sudah makin pulih tapi kemalasan melebihi segalanya. ini adalah menu berbuka budak yang duduk sesorang dan shaklee merupakan makan harian wajib sekarang. 

hobi baru

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. hobi baru sekarang adalah melawat bilik kecemasan. haish kenapa la jadi macam nih pada bulan ramadhan dan tahun ini. ya allah banyakknye dosa saya sampai tak terhitung rasanye. inilah hasil berulang alik ke hospital.  belajar ambil benda ini untuk pastikan kesihatan diri.

sesukahati

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. a friend ask me why sesukahati. sesukahati sebab saya hidup tanpa peraturan manusia. saya hidup dengan peraturan ALLAH SWT. sesukahati sebab inilah saya dan beginilah saya. sesukahati sebab saya takkan ambik kisah apa yang orang nak cakap pada saya.  (mak x kesah nyah) haha. sesukahati sebab saya suka berdendam (erm mybe a little la) haha sesukahati sebab saya memang sentiasa suka hati.. haha sesukahati sebab sesukahati la hidup mestilah di hargai. jadilah diri sendiri untuk pastikan kita sentiasa bahagia

7 ramadhan 1434H

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. selamat berpuasa dan selamat beramal kredit to aspirasi usm

dilanda taufan katrina

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. selamat datang! hello! an-nyeong-ha-seo-yo! konnichiwa! sawatdi ka! namashkar! haha sesaje nak melalut di pagi selasa yang dah semakin menginjak kepada tengahari nih. situasi ini akan selalu di lihat apabila hujung bulan dan awal bulan untuk menghantar log bulanan atau claim.  nih lagi dahsyat apabila tuan bilik mencapai tahap kemalsan maksima rela aje dye tengok bilik macam tokang pecah nih. apabila kepuasan melanda benda ini adalah hobi utama walaupun dah tengok berapa kali entah teka bersilang otak yang masih belum siap kena tunggu mood jugak nak buat #hidup ini indah hargainya dengan bersyukur kepada penciptanya# SALAM RMADHAN 7 RAMADHAN 1434H

marhaban ya ramadhan

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. SALAM RAMADHAN.. hari ini dah masuk hari ke 5 puasa. alhamdulillah masih mampu meneruskan puasa dengan jayanya walaupun banyak juga dugaan yang datang pada bulan ini. hehe lambat ciket nak ucapkan salam ramadhan kerana petang hari sebelum puasa buat drama air mata ciket.. kisah pada hari kejadian 8 julai 2013 5.30 petang saje cari penyakit turun tangga dari tingkat 10 ke groundfloor dengan membawa beban kat tangan dan memakai heel. sakit kaki tak payah cakap la. suka sangat duk tunjuk gagah. 9 julai 2013 8.00 pagi sebenarnya dah seminggu pedih perut sebab degil sangat duk makan pedas-pedas.  padahal perut lokek saja cari penyakit.  perut sakit+kaki sakit+belakang sakit memang mantop la cukup perisa semuanya. 11.00 pagi balik rumah sewa sebab tak larat sudah.  terima kaseh banyak-banyak k.zu sebab memahami dan menyuruh saya pulang rehat. 3.00

peKerja dedikaSi

Image
Assalamualaikum.. Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. apabila suka buat kerja last minit. haha inilah hasilnya kelam kabut xde rupa meja sudah KFC free from our senior.. life is fun when we make it fun