ramadhan ke 22

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

berbuka di taman syahbandar kali ke 2

hari ini rajin ciket nak keluar so jalan ceritanya sampai la ke bazar ramadhan syahbandar.
tapi part paling tak best asyik jadi tiang lampu.
haila badan, haila nyawa (baca macam dalam cerita pak belalang tau) kenapalah asyik muka nih jadi tiang elektrik teman orang dating.
dari sekolah, zaman universiti, zaman kerja pun.
adalakah kat dahi dah tertulis saya adalah tiang elektrik tegar meneman orang dating.
sedey sob!! sob!!

hari nih berbuka dengan paung inti kacang ala sebenarnye kalau kat besut panggilnya roti goreng aje.
 kat bandar KT nih panggilnya roti paung mula-mula dengar hairan bin ajaib juga tapi bila rasa macam roti goreng biasa aje.
 3 biji daku makan tanpa pelawa teman kat sebelah coz lapar tahap kronik (walaupun tak la lapar sangat tapi geram kat dye duk offer popia sambal yang sah-sah ada togeh).
wahai kawan baikku sekiranya kamu tahu aku tidak makan togeh kenapa kamu suruh juga aku merasa makanan itu.
aku tahu kamu adalah kawan baik hati tapi jangan sampai tahap baik hati kamu itu menyebabkan saya naik menyampah so tolong paham sekali saya kata tak mahu maknanya berkali-kali tak mau harap paham!!!

pastu minum air dragon fruit.
haha sebab tu la saya begis macam naga coz saya suka makan dan minum buah naga.
 (ini adalah poyo) daku hirup 1 plastik juga sesorang.
pastu balik rumah dan sembahyang magrib tapi nafsu makan tak mau berhenti lagi so sambung makan nasi beriani, syukur alhamdulillah teramat kenyang.
pak cik seyes banyak betul pak cik bagi kat saya.
 sampai sekarang rasa nak muntah 1jam makan tak hadam lagi.
 so kesimpulan cerita pagi esok gerenti takkan bangun sahur pulak. hehe orang lain berebut-rebut kejar lailatul qadar saya berebut-rebut kejar tido gaya macam tak tido setahun.
perangai tak berubah.
so sekarang tunggu cerita smallville kat tv9 sebab tak boleh tido.

kali nih entry tak ada gambar sebab memang tak ambik gambar 
hidup baik-baik
selamat berpuasa

Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah