20 ramadhan 1434H

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

akhirnya kita sudah selamat menjalani puasa selama 20 hari.
 sekejap sahaja masa berlalu masa makin mencemburui kita.
keja makin berlambak-lambak tapi tahap kemalasan masih lagi ad so kerja masih tidak berjalan.

hari ini dah start program cakna ramadhan. program bermula di setiu terengganu, esok giliran kuala terengganu dan hulu terengganu, di susuli marang, besut, dungun dan kemaman.
 insyaallah 4 ogos 2013 semua sumbangan ini akan habis di agihkan.
 mudah-mudahan beroleh keberkatan.
 terima kasih kepada yang menghulurkan sumbangan.



Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )

Dari Ibnu Mas’ud ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Siapakah di antara kamu yang hanya warisannya lebih dicintainya daripada harta sendiri?” Mereka menjawab : Wahai Rasulullah, tidaklah ada seorang di antara kami yang harta warisannya lebih dicintai dari hartanya sendiri. Lalu Nabi s.a.w bersabda “ Maka sesungguhnya yang menjadi harta seseorang adalah apa yang telah di[ersiapkan untuk akhiratnya dan harta warisannya adalah apa yang ia tinggalkan untuk ahli warisnya .”  ( HR Bukhari dan Nasa’i )

Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Hendaklah seseorang diantara kamu memelihara dirinya dari api neraka, walaupun dengan memberikan sedekah sebiji kurma .”
( HR Ahmad dengan sanad sahih )

Dari Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemarahan Tuhan dan mencegah kematian yang buruk .”
( HR Thabrani, dia menghasankannya dan disahkan oleh Ibnu Hiban )




Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah