time cp 7

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

halo.. halo.. saje lalu 
patik nak try tulis cerita pendek entah menjadi entah tidak nak cuba asah bakat.
hahaha ini semua merapu
sekian
.......................................................................................

MCD SERI KEMBANGAN

Kedudukannya agak strategik di kawasan perumahan kos rendah dan kawasan pejabat. Senang menjadi tumpuan kerana perubahan cara hidup masyarakat millennium yang sentiasa mengejar waktu.
Suasana sekeliling hingar bingar, namun masih tidak menggangu peperangan mulut dua pasangan yang duduk di meja sedikit tersorok itu. Waktu menunjukkan 6.45petang namun masing-masing tidak mahu mengalah.
“ubat tu untuk dimakan bukan untuk dilihat”
Aakif masih berterusan menyuakan bekas ubat kepada Sufi

“kalau tak makan boleh tak?”
Sufi masih mencuba nasib untuk tidak menelan ubat sebesar gedabak itu

“kalau tak makan macam mana nak sihat?”
“ala bukan melarat pun selesema aje”
“menjawab, cepat makan ubat tu nanti melarat”
“takmau, esok sihat la”
“banyak songeh betul dah seminggu macam ni, takkan sihat besok boleh tiba-tiba sihat? tengok hidung tu pun makin merah dah macam kembar badut mCD ni dah”
“Sufi makan malam nanti kat rumah boleh? takut mengantuk nak drive balik rumah nanti”
“jangan nak bagi alasan dari sini Aakif boleh nampak rumah sewa Sufi, kalau mengantuk Aakif hantar sampai depan pintu bilik Sufi”
“Ubat nih besar sangat la nanti lekat dekat kerongkong”
“tak ada nak lekatnya Aakif dah bawak sekali dengan mineral water yang besar ni”
Sambil menyuakan lagi botol air mineral kepada gadis degil di depannya
“kalau Sufi makan ubat ni tapi selesema takmau hilang macam mana?”
“kalau dah makan ubat insyaallah cepat sihat”
“tapi kalau takmau hilang jugak?”
“belum makan macam mana nak tahu hilang ke tak selesema tu, jangan nak mengelat makan cepat”
“ala Aakif ni macam mak-mak la”
“Sufi jangan nak membebel, Sufi kena makan juga ubat ni depan Aakif kalau tidak jangan harap Aakif bagi Sufi balik”
“tak best la Aakif ni”
Sufi cuba membuat muka kesian bagi meraih simpati Aakif
“jangan nak buat muka sedih bagai karang Aakif sumbat ubat ni dengan paksa nak?”
“ala boleh la Sufi makan ubat kat rumah”
“tak boleh!!!! Kalau Sufi rasa nak tidur dalam mCD ni hari ni silakan. Aakif akan tunggu sampai esok pagi kat sini”
“berani ke?”
Sufi masih berdegil

“kalau nak tahu silakan jangan makan ubat tu”
Aakif menyilangkan tangannya dan membuat muka serius
Sufi mula gelabah dan tak tahu nak mencari alasan lain lagi
“oke Sufi makan tapi kalau Sufi muntah Aakif tanggung la akibatnya”
Akhirnya Sufi mengalah kerana waktu semakin hampir magrib

Aakif tidak membalas, Cuma matanya sahaja yang memerhatikan gerak geri Sufi yang teragak-agak untuk menelan ubat selesema tersebut.

Mata Sufi terpejam rapat seolah-oleh dia dipaksa meminum racun, botol air mineral pula di teguk rakus seperti berkurun lamanya dia tidak minum air. Setelah 2minit berlalu akhirnya Sufi membuka matanya

“aha…”
Belum sempat Aakif meneruskan bicaranya, Sufi berlari menuju ke bilik air, Aakif mengekori dari belakang dengan perasaan cuak

“Sufi are you oke?”
Sufi masih memuntahkan isi perut yang baru sahaja di makan tadi

“Sufi kenapa ni”
Aakif mula gusar dan berasa bersalah, muka Sufi pucat dan masih memuntahkan isi perut yang hanya keluar air.

“it’s oke, Sufi tak apa-apa”

Dalam nada lemah
“jom Aakif bawak pergi klinik”
“tak apa sufi balik tidur kejap nanti oke la”
“kenapa degil sangat ni, dah macam ni masih tak mahu ke klinik”
Aakif menarik badan Sufi supaya memandangnya, sudah tidak di hiraukan pandangan orang sekeliling

“Aakif, please Sufi nak balik rumah”
Sufi masih merayu dengan anak mata mula beranak sungai

Aakif mula sedar apabila melihat mata Sufi yang mulai berkaca itu.
“oke Aakif teman Sufi sampai rumah”
Perjalanan ke rumah sewa Sufi hanya mengambil masa 2minit. Aakif menemani Sufi sehingga ke pintu rumah

“betul Sufi oke? Tak mahu ke klinik?”
“thanks Aakif, lepas tido nanti Sufi oke la”
“sori”
“it’s oke, Sufi masuk dulu, Aakif drive carefully”
“take care anything call me”

Selepas sufi mengunci grill pintu Aakif bergerak turun kearah mtosikalnya. Sufi memandang dari tingkap rumahnya sehingga bayangan Aakif dan motosikalnya hilang dari pandangan. Sufi duduk bersandar di sofa ruang tamu dengan kepala yang berat sambil menghayati azan magrib yang berkumandang.

Will be continued....


Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah