apakah kesudahannya?!?!?!?!?

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

sendiri, menyendiri, sendirian
berbuka puasa sendirian macam biasa sebab sendiri cari penyakit taknak balik kampung

terimalah hakikat. hahaha
catat rekod betul tahun ni hanya ke bazar sekali sahaja kerana pranoid mungkin dengan cirit birit hari itu dan dengan cerita macam-macam yang jumpa dalam makanan. haishhhh

huhu terpaksa menghitung bajet sebab gaji masuk lepas raya.
apalah nasib..

negara di kejutkan dengan pelbagai tragedi pada tahun 2014

8/3/2014 - MH307 penerbangan dari kL ke Beijing China hilang dari radar pada jam 2.40pagi selepas berlepas dari KLIA pada jam 12.41pagi. kehilangannya masih lagi misteri dan belum menunjukkan apa-apa penemuan. jumlah penumpang 227orang bersama 14orang krew.

awal ramadan gaza di serang lagi oleh tentera yahudi. misi untuk menghapuskan penduduk palestein dan islam di teruskan pada bulan puasa kerana israel beranggapan bahawa umat islam lemah kerana berpuasa pada bulan ramadan. semoga kemenangan berpihak kepada islam dan rahyat palestein. amin....

12/7/2014 - sabah di serang lagi pada jam 11.30malam berlaku drama tembak menenbak di pulau mabul dan mengorbankan seorang anggota polis marin dan seorang lagi di culik.

17/7/2014 - MH17 penerbangan dari amsterdam ke kL di tembak dan terhempas di sempadan ukraine-rusia. tragedi ini mengorbankan semua penumpang kapal tersebut 295orang termasuk 15orang anak kapal. penerbangan pertama pada 17/7/1997. penerbangan terakhir 17/7/2014. al-fatihah kepada yang beragama islam. takziah kepada yang bukan islam.

jangan berhenti berdoa untuk
#prayforMH307
#prayforsabah
#prayforgaza
#prayforMH17


Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah