M.A.L.A.S

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

hari ini hari AHAD hari saya rasa sangat MALAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
pergh punya besar tajuk malas..
sesungguhnya patik betul-betul malas.
kain baju dah melimpah bakul meminta untuk di lipat tapi masih larat buat tak nampak..
*sungguh paling tak suka kena lipat baju, basuh baju boleh hadap lagi.

lantai dah penuh habuk dan penuh rambut gugur pun buat tak nampak aje sebab malas nak sapu.
*arghhhh boleh tak nak pakai maid untuk kemaskan rumah, feeling malas sebab selalu kena kemaskan rumah sorang-sorang sungguh tak best.

badan penat dan lemau sebab dah lama tak berkebun. 
balik kampung kejap hari jumaat & sabtu dan berkebun. 
penat weh sebab otot dah lama simpan lemak.
*haha sungguh la malas.

ini cerita dolu2 sebelum penyakit malas menjelma


hari rabu jumpa benda alah nih fav kuih masa belajar dulu2
mula2 kenal kuih comel nih masa kat usm terus jatuh cinta.
*haha sejak bila jarang jatuh cinta kat makanan


petangnya pulak ada bubur kacang hijau yang sangat-sangat la osem. 
*terima kaseh mak cik jual kuih meleleh bahagia dapat sebab nak buat sendiri malas.


malam punya aktiviti meronda TTC cari buku
ada pesta buku start 19-25 mei 2014
lari segala bajet bulan ni patik rembat 3 biji buku ni sebab dah lama mencari.


sesi mentelaah bersama ais cream.
silap pick up ais kream ni bila entah nak abis.
*moral cerita jangan nak gatal bergayut dengan telefon semasa anda membeli belah 
kalau tak jadilah kalut kelibut.


incik JEK jadi kargo.
sungguh la sedeh melihat keadaan incik JEK sebegini.
nasib baik 1 hari je lau tak mau meraung kalau incik JEK di jadikan kargo hari2.


macam2 ada beras pun ada.
cerita beras yang penuh dengan tragik dan kata nista
akhirnya berebut jugak.


Terengganu Equestrian Resort
tempat berlangsungnya perlawanan ping pong.
saya orang malaysia jadi saya ikut jam malaysia.
sabar ajelah janji kul 8pagi kul 9pagi baru muncul


setelah semuanya selesai
jam 11.30pagi jumaat gerak balik ke kampungku terchenta
horey-horey balik kampung tanam bunga
yang ni pun lari bajet bulan ni.
makan bunga la hujung bulan nanti. 
kritikal

rasanya kena kemaskan juga rumah malam ni.
kalau tak jenuh nak memunggah kain baju.
siang atas tilam, malam dalam bakul.
tolong patik memerlukan manusia rajin.

Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah