ramadhan ke 29 1434H

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

salam ramadhan

selamat hari raya 1434H. hari ini hari terakhir ramadhan 1434H.
semalam last solat sunat terawikh subahanallah alpanye tahun ni 3 kali je solat terawikh.
 tapi syukur alhamdulillah kesihatan makin pulih cuma demam dan selesema tak mau hilang lagi.

hari ini masih bekerja sedang menunggu tengahari untuk berangkat pulang ke kampung.
insyallah semoga lancar perjalanan nanti.
 macam biasa persiapan raya tahun ini macam tahun lepas biasa-biasa sahaja.
 ada kawan tanya kenapa macam tak beria nak beraya.
 saya bukan tak beria tapi saya menerapkan sifat berjimat cermat dan berhemah dalam meraikan sesuatu. 

ya kita patut bergembira menyambut hari raya kerana ini adalah tanda kemenangan kita dalam melawan hawa nafsu selama sebulan.
 ini bukan bermakna saya kedekut tapi ini adalah cara saya.
 tak perlu beria untuk beli kasut baru, beg baru, tudung baru untuk meraikan hari raya cukup dengan kesyukuran.
tipu jika saya cakap saya tidak suka beli barang-barang baru cuma saya akan beli barang-barang baru apabila barang-barang lama saya sudah rosak.
 ya saya manusia yang tidak mengikut perkembangan fesyen terkini hal ini kerana pada saya jika barang-barang kita masih elok kenapa kita nak buang.
 saya punya perinsip jika barangan saya boleh guna lagi saya akan guna sampai hancur di sebabkan saya selesa dengan barang-barang tersebut. 

masing-masing punyai cara tersendiri
be my ourself untuk pastikan kamu selesa.
jangan terlalu mengikut pandangan orang lain untuk puaskan hati orang lain 
sehinggakan diri sendiri tidak selesa.

Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah