ceRita berHari-haRi

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

selamat petang

huarghhhhh penattttttttttttttttt
badan sangat letih dan lemau.
sangat-sangat malas nak menaip tetapi semangat merapu meraban itu tinggi jadi di teruskan menaip ini.
hahahahaha

dua hari bercuti di kampung sangat-sangat la best tetapi penat.
sekarang musim orang buat kenduri maulud so banyak la jemputan yang di terima.
hari jumaat menghabiskan masa seharian kat felda tenang.
saya suka apabila ada kenduri kendara tapi saya tak suka apabila ada tukang yang bungkus membungkus.
haila tak cukup lagi ke makanan kat rumah tu sampaikan orang tengah makan kenduri duk sibuk membungkus.

pastu balik rumah jumpa la satu makluk allah tu yang sangat malu + segan nak jumpa saya.
saya dah halalkan hutang kamu dengan saya sebab saya banyak hutang budi dengan kamu jadi toksah la nak malu segan dengan saya.
si dia malu segan dengan saya sebab dia punya ayat NAK HUTANG NANTI BAYAR BALIK.
apa salahnya kalau dia cakap NAK.
insyallah saya bagi kalau saya ada duit lebih.
iya saya tahu saya banyak susahkan dia suami isteri tapi bayangkan la masa tu saya masih prktikal jadi kewangan adalah sangat tak kukuh.
jadi mana boleh saya nak hulurkan setiap bulan kepada mereka.
[itu adalah sebab kenapa saya kurang suka terhutang budi dengan orang]

hari sabtu kenduri kat kampung ga'al lak.
sambil gaduh dengan sepupu yang senget tu.
paling tak tahan kena dera masak tomyam.
mama saya sangatlah tak pandai masak.
dah la nak bagi makan kat orang luar takat adik beradik saya makan no hal sebab diorang tak banyak songeh telan aje apa yang dimasak.
mummy malu sangat apabila tengok kawan kepada sepupu cedok siket aje kuah tomyam tu.
hahahaha

ahad masuk kerja dan menuju ke HSNZ untuk rutin seterusnya.
sangatllah penat dari kul 8pagi-12tengahari duk tercongok menunggu untuk jumpa doc.
kalau ikut kiraan rawak tahun ini masuk tahun ke 11 ulang alik jumpa doc.
dari hospital besut - HUSM kubang kerian - pusat sejahtera USM pulau pinang - HSNZ kuala terengganu.
dulu masa kecik-kecik selalu berangan nak masuk hospital sebab nak ada orang jaga.
bila ada orang jaga tandanya ada orang sayang kita.
tipikal pemikiran kanak-kanak 5tahun.
tapi sekarang tengok hospital pun dah tak mau singgah.
ubat pun dah takmau telan sebab badan dah imun dengan ubat-ubat tersebut.


balik pejabat
dapat kelendar tahun 2014 di akhir bulan januari


rutin lama kembali semula.
kena jumpa doc 4bulan sekali 
again?!?!?!?!?!?!?!?!
stok ubat pun kembali.


menjadi penagih kopi.
hehehe sangatlah nikmat terasa.
lagi best kalau dapat minum dengan madu.
tapi stok madu dah abes.
kena oder balik.


menikmati kopi suam di petang yang berangin dan dingin sanagtlah nikmat.
hidup ini sangat indah untuk di sia-siakan.
love my family :)

Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah