taZkirah unTuk diRi

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik
maka kita lebih bahagia dari mendapat
anak yang liar

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin di berikan rezeki kesihatan.
maka kita lebih bahgaia dari kerisauan
menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakkannya.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang
tidak pernah putus.
makan kita lebih bahagia daripada gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segalanya.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin esok ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari,
maka kita lebih bahagia kerana 
rezeki yang tidak di jangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa
Bertawakal.
Hanya Dia, ALLAH Yang Maha Esa


Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah