salam malidur rasul 12 RABIULAWAL 1435H

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

hari ini merupakan hari kelahiran junjungan besar kita NABI MUHAMMAD SAW.
marilah kita bersama-sama berselawat ke atas baginda untuk memperolehi syafaat di akhirat kelak.
sepatutnya bukan hari ini sahaja kita berselawat ke atas baginda NABI MUHAMMAD SAW tetapi setiap hari.

 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد.

ini lagu wajib nyanyi apabila sambut kelahiran junjungan besar kita masa sekolah rendah dulu-dulu

tajuk : JUNJUNGAN MULIA

tercipta satu lembaran sejarah
di tanah suci Kota Mekah
hari yang mulia penuh syahadah 
bermulalah sebuah kisah

malam isnin subuh yang indah
dua belas rabiul'awal yang cerah
dua puluh april tahun gajah
lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
riang gembira menyambutnya
lahirlah putra yang utama

Muhammad nama di beri
gelaran yang terpuji
nikmat Illahi sama di syukuri
terima putra yang berbakti

keadaan yatim anak mulia
lahirnya bawa cahaya
alam derita jadi gembira
terima junjungan mulia



sedikit BIODATA NABI MUHAMMAD SAW yang saya kutip dari fb CINTA SELEPAH NIKAH

NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib

TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin, 12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah

TEMPAT LAHIR:
Rumah Abu Talib, Maakah al-Mukarramah

GELARAN:
al-amin

IBU RASULULLAH SAW :
Aminah bte Wahab

PENGASUH PERTAMA :
Ummu Aiman

IBU SUSU PERTAMA :
Thuwaibatul Aslamiah

IBU SUSU KEDUA :
Halimah AsSaadiah

ISTERI-ISTERI RASULULLAH :
1) Khadijah bt Khuwailid
2) Aisyah bt Abu Bakar
3) Hafsah bt Umar
4) Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5) Hindun bt Umaiyah
6) Saudah bt Zam'ah
7) Zainab bt Jahsy
8) Zainab bt Khuzaimah
9) Maimunah bt Harith
10) Safiyah bt Huyai

ANAK_ANAK RASULULLAH
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6)Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW :" Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersam-samaku di dalam syurga."
(Riwayat al Sajary daripada Anas)


اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM dan senantiasa berselawat sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW .

Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah