damaiKah haTi ini

 Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

pagi tadi bangun jam 7.45pagi.
termenung sebentar berfikir sebab semalam tidur jam 10.30malam.
lihat keadaan sekeliling dan masih di rumah sewa yang sunyi ini.
entah la saya suka rumah yang sunyi atau rumah yang riuh tak dapat nak bagi difinisi yang tepat.
bila balik kampung rasa damai bila dapat lihat kehijauan kampung, jumpa adik beradik dan mak tapi bila dengar mak membebel benda yang tiada kaitan dengan diri mula rasa nak balik ke bandar dengan segera.
housemate dah berbulan-bulan tak tengok wajah walaupun kami duduk satu rumah.
masing-masing sibuk dengan alasan kerja padahal bilik masing-masing berdepan antara satu sama lain aje.


ke pasar payang tanpa matlamat pagi ini cuma mahu keluar dari rumah yang sepi ini aje.


balik ke rumah bancuh kopi+madu sangat menyegarkan fikiran.


ready ke majlis kenduri kawan pejabat.
malas nak gosok baju kurung.
rembat skrit dengan blaus


memang trend kenduri orang bandar kuala terengganu bagi telur masin eh.


goodies dalam kotak pink dari pihak lelaki.
sebab ini majlis kenduri menyambut menantu.


akhirnya plan untuk membersihkan rumah menjadi hari ini
tengah menaip sambil melayan khabi khusi khabi gham di tv3
masih lagi berseorangan 



Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah