syukur

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

selamat pagi..

macam mana mahu bersyukur?!?!?!
pada definisi saya bersyukur adalah menerima dengan hati yang terbuka tanpa banyak komplen.
ada kawan tegur saya
"kenapa awak tak banyak cakap?"
saya hanya senyum
sebab apabila saya makan kat kedai walaupun makanan yang saya makan kurang memuaskan dan tidak kena pada selera saya,
namun saya masih habiskan makanan tersebut kerana saya bersyukur dengan rezeki saya pada hari itu. (padahal tak reti rasa sebab hanya tahu makan sahaja)
hahaha

syukur tidak hanya tergambar bila kita melakukan sujud syukur semata-mata.
semalam ada perhimpunan bulanan PPPNT.
ada acara penyampaian hadiah tanda kenangan sempena sambutan hari lahir kakitangan.
saguhati yang di perolehi adalah tuala kecil dan bekas tembaga serta kad ucapan hari lahir.
ada suara sumbang yang komplain bahawa saguhati tersebut tidak bersesuian kena membair dan tidak berfaedah.
subahanallah sudah rezeki kita dapat benda itu terima sahaja.
tidakkah mereka tahu bahawa pihak pengurusan melalui pelbagai kerenah dan proses untuk mendapatkan barangan tersebut.
sekurang-kurangnya hargailah usaha mereka yang berusaha untuk memberikan tanda kenangan itu.
sekiranya tak dapat langsung lagi merungutkan?!?!?!

sama juga dengan hadiah untuk perlawanan bola tampar.
banyak rungutan dan ketidakpuashati.
syukurlah kamu masih dapat walaupun kecil kerana ada kawan-kawan kamu yang tidak dapat pun untuk memegannya dan hanya mampu melihat sahaja.


saya dapat hadiah walaupun main tak berapa pandai
sekian terima kasih 
syukur!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah