hijau itu indah

Assalamualaikum..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

jumaat dan sabtu balik ke kampung lagi.
hip horey rasanya bulan februari ini adalah bulan pulang ke kampung.
incik JEK tolong sangat-sangat kamu jangan meragam.
hukhuk kesian la tuan kamu yang bercita-cita mahu membeli iphone nih tak kesampaian la jawabnya kalau asyik labur kat kamu.

walaupun musim panas masih berterusan tetapi pokok tanaman saya masih dapat meneruskan kehidupan.
hehe syukur petang khamis hujan mahu jugak turun membasahi tanah besut.
ceria siket pokok kayu apabila menerima hujan.



belimbing buluh yang berbuah sangat lebat walaupun pokoknya masih kecil


bunga raya nih memang bunganya jenis kecil 
atau terbantut pembesaran kerana kurang di berikan perhatian?!?!?!


kalau kat kampung panggil akar dani
pucuknya di buat ubat untuk bayi yang kena sarat.
tapi seyes saya tak tahu apa punya penyakit sarat tu


pokok bunga nih memang sangat laju dan dah lama kat halaman rumah
tak tahu namanya apa tapi sangat tahan lama walaupu berapa kali entah kena tebas dengan saya.


batang pokok bunga nih macam pokok buluh.
memang pokok nih berbunga waktu musim panas ke sebab jarang boleh tengok bunganya.


pokok bunga butang dan tahi ayam yang baru belajar nak hidup.
bertuah punya adik punyalah banyak pesanan penaja bagitau tolong siram
last-last kering kontang jugak pokok bunga nih.


pokok kucai kesian dia terbantut pembesaran


pokok serai import dari felda selasih
yang nih mak kite yang tanam 


tak tahu lagi bunga warna apa jadi sama-samalah kita menunggu dengan sabar


pokok kaktus yang makin membesar.


 tak tahu bunga apa yang pastinya cantik
hampir-hampir nak kering kontang masa mula-mula semai nasib baik sudi lagi hidup
rasanya yang nih adik siram sebab nampak segar bugar. hehe


anak bunga matahari kecik
sampai bila la boleh bertahan dengan cuaca panas ni.


pokok pecah periuk.
musim panas nih la baru nampak bunga dan buahnya


pokok bunga melur katanya.
hari tu dah berbnga tapi tak ada sesiapa yang sudi jaga jadi terbiar macam nih la


terkejut jap terserempak dengan askar yang sihat walafiat nih masa pergi buat pemutihan di pantai pandak chendering


kebakaran yang di sengajakan atau tidak
musim panas nih sila jangan bermain api
bahaya!!!!!!


Comments

Popular posts from this blog

1 ramadhan 1436H

saranghamnida my family

sesi berkurung di rumah